Friday, February 26, 2010

FAQ

PERSOALAN YANG SERING DI AJUKAN OLEH AGEN YANG PERTAMA KALI INGIN MENCEBURI BIDANG INI

Adakah saya perlu membeli no hp baru untuk mendaftar?
Tidak perlu. Anda boleh mendaftarkan no hp sedia ada untuk mendaftar. Namun begitu, kami tidak dapat mendaftarkan anda sekiranya no anda pernah berdaftar dengan syarikat e-flexi sebelum ini.

Adakah saya perlu menghantarkan sms arahan topup ke no server Digi sekiranya saya membeli topup Digi dan menghatar ke no server Celcom sekiranya saya membeli topup Celcom?
Tidak.Anda hanya perlu memilih salah satu no server untuk menghantar arahan sms pembelian semua jenis produk topup.Sekiranya anda menggunakan no celcom,sebaiknya hantar sms tersebut ke no server celcom walaupun anda membeli topup selain Celcom.

Adakah saya hanya boleh topup Celcom sekiranya no tel yg saya daftarkan adalah no celcom?
Tidak.Anda boleh topup untuk kesemua produk telco yang tersedia dalam perkhidmatan Flexi termasuklah topup talian Indonesia dan China.

MASALAH YANG BIASA DIHADAPI OLEH AGEN


Tidak Mendapat Sebarang Respon Selepas Menghantar SMS Penukaran No Pin
ftar.Pastikan Format SMS anda tepat iaitu PIN<>222222<>xxxxxx .Gantikan xxxxxx dengan 6 nombor pilihan sahaja. Sistem tidak akan memberi respon sekiranya anda tersilap format ataupun anda memasukkan abjad dalam penukaran no pin tersebut.

Mendapat Respon No Pin Salah
Hal ini kemungkinan disebabkan anda tersilap format/kesilapan teknikal pada sistem Flexi itu sendiri.Sila sms kepada saya di no 014-851 4996 sekiranya anda menghadapi masalah ini.

Mendapat Respon Sms Sending Failed Selepas Menghantar Arahan Sms Pembelian Topup
Kebiasannya no server tertentu akan mengalami kesesakan disebabkan terlalu ramai agen yang menghantar sms topup ke no server tersebut pada masa yang sama.Anda dinasihatkan untuk menghantar sms topup anda ke no server lain.

Lambat Menerima Tambahan Modal Daripada Flexi
Proses tambahan modal kebiasaannya di antara 30minit hingga ke 2 jam selepas sms tambahan modal anda di terima oleh Flexi.Sekiranya anda masih tidak mendapat respon selepas 2jam menghantar sms tambhn modal tersebut,sila maklumkan terus ke Flexi dgn mnghntaarkan sms ataupun terus menghubungi mereka di talian 013-950 6999.
Pastikan anda menghantar sms tambahan modal anda ke no 013-950 6999 sahaja dan bukannya ke no server.Pastikan maklumat sms tambahan modal adalah tepat terutamanya tarikh,nama bank, masa&jumlah bank in.

Antara Sebab Pelanggan tidak menerima Topup
1.Silap memasukkan no tel pelanggan /pelanggan memberi nombor prepaid yang salah untuk di topup itu.
-Sila pastikan dengan betul nombor yang hendak di topup sebelum anda menghantar SMS tersebut.
-Sekiranya anda tersilap menghantar nombor prepaid, orang lainlah yang akan menerima topup itu. Syarikat tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian anda/pelanggan anda.
- Anda digalakkan untuk mencatit setiap urusan topup yang anda lakukan. Ini sebagai rujukan sekiranya terjadi perkara sebegini dan sebagai bukti urusan antara pelanggan, anda dan kami.

2.Silap format sms topup/kod produk.
-Pastikan Format sms dan kod produk anda tepat sebelum menghantar arahan sms pembelian topup.

Topup lambat diterima oleh pelanggan
Perkara ini mungkin juga akan terjadi disebabkan pada masa-masa tertentu kemungkinan terlalu ramai orang yang sedang topup dan sistem rangkaian server Maxis , Digi dan Celcom terlalu sibuk mengendali dan memproses topup.Kebiasaanya, topup yang pending selama 30 minit keatas tidak akan di proses dan anda akan menerima sms pemberitahuan pembelian topup anda Failed/tidak berjaya.

Tidak Dapat Membuat Pembelian Topup Dari Web voucherclub
Pastikan no pasword log in web anda sama seperti no pin yang anda masukkan untuk membuat pembelian topup dalam web tersebut.No pin web adalah tidak sama dengan no pin yang anda aktifkan pada hp anda kecuali anda menggunakan no pin yang sama untuk log in web.

Tidak Mendapat Sebarang Respon Selepas Menghantar SMS Pembelian Topup
Kebiasaannya disebabkan kesilapan anda memasukkan no pin anda ataupun sistem terlalu sibuk mengendali dan memproses topup.

Perkara lain yang mungkin terjadi
SMS yang anda hantar tidak sampai ke server kami. Ini mungkin juga disebab ketika anda menghantar sms itu, tiada atau kurang liputan rangkaian. Ini juga disebabkan mungkin kerana kesibukan pengendali rangkaian yang sedang melakukan kerja-kerja maintain system rangkaian mereka. Masalah ini biasanya jarang berlaku. Setiap kali anda topup pelanggan, sila pastikan mesej yang dihantar itu betul-betul telah berjaya dihantar.(aktifkan delivery report) Sekiranya sms anda berjaya dihantar, bermakna pelanggan anda berjaya ditopup. Setelah pelanggan berjaya ditopup, anda akan menerima mesej pengesahan beserta makluman baki terkini dari server kami.


Persoalan selain di atas?




No comments:

Post a Comment